BMDC KELUARAN 29:38-40 “Setiap hari sampai selama-lamanya, kamu harus mempersembahkan dua ekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban, di atas mazbah itu. Seekor anak domba harus dipersembahkan pada waktu pagi dan seekor lagi pada waktu petang. Bersama dengan anak domba yang pertama, persembahkanlah satu kilogram tepung gandum terbaik, yang dicampuri satu liter minyak zaitun tulen. Tuangkan satu liter wain sebagai persembahan. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Setiap hari sampai selama-lamanya" Bab 29 kitab Keluaran TUHAN memberi perintah kepada Musa cara Harun dan anak-anaknya ditahbis menjadi imam untuk selama-lamanya, dengan seekor anak lembuh jantan dan dua ekor domba jantan yang tidak bercacat (ay.1) bersama roti tidak beragi (ay.2). TUHAN mementingkan pantahbisan, supaya Harun dan anak-anaknya boleh mengabdi diri kepada TUHAN (ay.1). Kemudian TUHAN memberi perintah untuk persembahan setiap hari pagi dan petang untuk selama-lamanya iaitu dua ekor anak domba berumur satu tahun (ay.38), pagi seekor di persembahkan dan petang seekor lagi (ay.39) bersama satu kilogram tepung gandum terbaik dicampuri satu liter minyak zaitun terbaik bersama dituang satu liter wain (ay.40). Begitulah rutin setiap hari pagi dan petang di pintu Khemah TUHAN (ay.42). Kita pun ada rutin setiap hari iaitu berdoa dan membaca Alkitab untuk selama-lamanya, sebab diri kita ialah bait suci TUHAN (1 Kor.3:16). Semoga kita dapat berdoa dan membaca Alkitab setiap hari untuk selama-lamanya. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat berdoa dan membaca Alkitab setiap hari. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 3.8.2025.

Comments

Popular Posts