BMDC KELUARAN 32:26-27 Oleh itu Musa berdiri di pintu gerbang perkhemahan dan berseru, “Tiap-tiap orang yang memihak kepada TUHAN harus datang ke mari!” Oleh itu segenap suku Lewi berhimpun mengelilingi Musa. Kemudian Musa berkata kepada mereka, “TUHAN, Allah Israel memerintahkan setiap orang menghunus pedang, dan pergi dari pintu perkhemahan ini ke pintu di sebelah sana, lalu membunuh saudara-saudara, kawan-kawan, dan jiran-jirannya.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Lewi mengelilingi Musa" Bab 32 kitab Keluaran kisah umat Israel menyembah patung lembu emas yang dibuat oleh Harun. Sebab mereka tidak sabar menunggu Musa turun dari gunung Sinai, walaupun hanya 40 hari dan 40 malam (Kel.24:18; 34:28), sepatutnya Harun mengambil alih kepimpinan sewaktu Musa bersama TUHAN, supaya umat Israel tidak tertekan semasa ketiadaan pemimpin. Musa sangat marah, lalu memusnahkan patung lembu emas itu, kemudian membuat perhitungan siapa yang berpihak kepada TUHAN. Hanya suku Lewi yang tampil berpihak kepada TUHAN, Sebab itulah mereka ditahbis menjadi imam mengabdi kepada TUHAN (ay.29). Hari ini kita semua dipanggil menjadi imam tetapi tidak ramai yang tampil mengelilingi Musa seperti suku Lewi, mungkin sebab Musa dari suku Lewi ada ikatan keluarga yang dekat berbanding suku lain, tidak dapat dinafikan ikatan keluarga ada pengaruh besar seseorang menjadi pelayan gereja. Semoga kita seperti suku Lewi mengelilingi Musa sebagi tanda mereka berpihak kepada TUHAN. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati seperti suku Lewi berpihak kepada-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 6.8.2025.

Comments

Popular Posts