BMDC IMAMAT 12:8 Jika wanita itu tidak mampu membeli seekor anak domba, dia harus membawa dua ekor burung merpati atau burung tekukur, seekor bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan seekor lagi bagi korban untuk mengampunkan dosa. Imam akan melakukan upacara untuk menghapuskan kenajisannya. Selepas itu barulah wanita itu tahir. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Upacara menghapuskan kenajisannya" Bab 12 kitab Imamat peraturan tentang penyucian wanita yang bersalin dan peraturan anak lelaki berumur lapan hari disunat (ay.3), seperti yang lakukan ibubapa Tuhan Yesus terhadap-Nya (Luk.2:21), bagi upacara penyucian pula perlu korban menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengampunkan dosa (ay.8), iaitu seekor domba berumur satu tahun untuk korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan seekor burung merpati atau tekukur sebagai korban mengampunkan dosa (ay.6) tetapi kalau tidak mampu membawa seekor anak domba perempuan itu boleh membawa dua ekor burung merpati atau dua ekor burung tekukur (ay.8). Kemudian upacara menghapuskan kenajisannya dilakukan oleh imam (ay.8). Hari ini kita tiada lagi upacara penyucian, tetapi biasanya ada ucap syukur dengan mengadakan kebaktian rumah tangga oleh keluarga yang mendapat anak, adalah persembahan untuk menyenangkan hati TUHAN. Semoga kita ingat ada masa isteri kita najis iaitu paling tidak 33 hari (ay.4) sehingga 66 hari (ay.5) yang kita sebut berpantang, selepas itu upacara menghapuskan kenajisannya, mungkin sekali lagi mengadakan kebaktian rumah tangga. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami menjaga isteri yang melahirkan anak. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.8.2025.

Comments

Popular Posts