BMDC IMAMAT 2:1,3 Apabila seseorang mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban itu harus berupa tepung terbaik, yang dituangi minyak zaitun dan dibubuhi kemenyan di atasnya. Lebihan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN itu adalah bagi para imam. Korban ini sangat suci kerana diambil daripada makanan yang sudah dipersembahkan kepada TUHAN. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Korban untuk mengucap syukur" Bab 2 kitab Imamat peraturan korban untuk mengucap syukur, harus berupa tepung terbaik yang dituangi minyak zaitun dan dibubuhi kemenyan di atasnya (ay.1), mungkin bukan kemenyan yang kita tahu sekarang, itu tidak boleh dimakan. Persembahan korban untuk mengucap syukur dibakar habis di atas mazbah (ay.2). Lebihan persembahan korban untuk mengucap syukur adalah bagi para imam (ay.3) hanya para imam saja yang boleh memakannya, tetapi Daud pernah memakan semasa melarikan diri dikejar oleh raja Saul (1Sam.21:6). Semoga kita dapat mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN setiap hari. Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami memberi persembahan korban untuk mengucap syukur kepada-Mu sebab kami masih hidup hari ini. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 16.8.2025.

Comments

Popular Posts