Wahyu 9:20-21 (AVB) Manusia yang tidak terbunuh oleh bencana itu tidak berpaling daripada berhala buatan tangan mereka. Mereka meneruskan amalan menyembah roh-roh iblis dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu dan kayu yang tidak dapat melihat, mendengar atau berjalan.
Mereka juga tidak berpaling daripada membunuh, menggunakan sihir, melakukan pencabulan dan mencuri.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sangkakala kelima dan keenam" Bab 9 kitab Wahyu penglihatan Yohanes ketika sangkakala kelima dan keenam ditiup, bab sebelum ini penglihatan Yohanes ada tujuh sangkakala yang dipegang oleh tujuh malaikat mereka muncul selepas materai ketujuh dipecahkan oleh Anak Domba (bab 8).
Sangkakala kelima ditiup muncul belalang yang bermuka manusia bermakhota emas, berambut panjang seperti perempuan, gigi seperti gigi singa dan ekor seperti kala jengking berbisa, menyeksa manusia selama lima bulan (ay.7-10).
Belalang itu mungkin melambangkan satu kerajaan dalam tempoh tertentu berkuasa atau satu wabak penyakit.
Sangkakala keenam ditiup (ay.13) malaikat yang terikat di sungai Efrat dilepasakan (ay.14), kemudian membunuh sepertiga umat manusia pada jam, hari dan tahun itu (ay.15), mungkin kisah kemusnahan bait suci di Yerusalem pada tahun 70 M, tetapi manusia yang tidak terbunuh oleh bencana itu tidak bertaubat daripada menyembah berhala dan menyembah roh-roh Iblis (ay.20). Mereka juga tidak berpaling daripada membunuh, menggunakan sihir, pencabulan dan mencuri (ay.21).
Begitulah manusia tidak pandai bertaubat.
Semoga kita bertaubat agar sangkakala kelima dan keenam tidak ditiup.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang bertaubat supaya sangkakala kelima dan keenam tidak ditiup.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
3.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment