Wahyu 20:5-6 (AVB) Tetapi orang mati yang lain tidak hidup semula hingga genap masa seribu tahun itu. Inilah kebangkitan yang pertama.
Diberkatilah dan sucilah mereka yang dapat menyertai kebangkitan pertama. Kematian kedua tiada kuasa atas mereka. Mereka akan menjadi imam Allah dan Kristus, dan akan memerintah di sisi-Nya selama seribu tahun.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kebangkitan pertama" Bab 20 kitab Wahyu penglihatan Yohanes satu malaikat turun dari syurga memegang kunci jurang dan rantai besar (ay.1), menangkap naga, ular purba itu iaitu iblis atau syaitan mengikatnya selama seribu tahun kemudian dicampakan ke dalam jurang itu, menutup dan memateraikan supaya tidak dapat menipu manusia selama seribu tahun, selepas itu dilepasakan seketika (ay.2).
Masa inilah manusia berpeluang untuk bertaubat kerana tiada godaan dari iblis.
Kemudian Yohanes melihat takhta emas yang diduduki oleh orang yang mati kerana Kristus menghakimi dan hidup bersama Tuhan Yesus selama seribu tahun (ay.4). Mereka ini yang menerima kebangkitan pertama, kematian kedua tidak akan berkuasa lagi (ay.5-6).
Harapan kita supaya menerima kebangkitan pertama itu.
Manakalah mereka yang tidak menerima kebangkitan pertama akan dibangkitan selepas kerajaan seribu tahun untuk dihakimi di hadapan takhta putih, mereka yang tidak ada nama dalam kitab hidup akan dicampakan ke dalam lautan api (ay.15). Iblis akan dilepasakan untuk seketika tetapi dihanguskan oleh api dari syurga bersama pengikutnya (ay.7-9).
Begitulah penghujung kisah iblis sipenipu itu bersama para pengikutnya, itulah kematian kedua (ay.14).
Semoga kita semua menerima kebangkitan pertama supaya tidak perlu dihakimi di hadapan takhta putih itu.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami supaya dapat bertahan terhadap godaan iblis agar kami menerima kebangkitan pertama.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
14.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment