BMDC KEJADIAN 7:21-24 TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi: manusia, burung, dan binatang darat yang kecil mahupun yang besar. Hanya Nuh dan semua yang ada bersama-sama dia di dalam bahtera tidak binasa. Air tidak kunjung surut selama seratus lima puluh hari. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi" Bab 7 kitab Kejadiaan kisah banjir besar yang membunuh semua makhluk yang hidup di bumi, hanya Nuh dan isterinya serta 3 orang anak dan isteri mereka saja yang selamat (ay.13). Binatang yang selamat tujuh pasang dari bintang halal dan satu pasang binatang haram (ay.2-3). Bayangkan berapa lama binatang dan manusia berkembang biak selepas banjir besar itu. Kalau bukan ketaat Nuh manusia dan binatang sudah pupus pada zaman Nuh. Hari ini semua makhluk yang hidup di bumi boleh pupus kalau kejahatan manusia tidak dibendung oleh undang-undang, adat atau negara dan gereja sendiri. Pada zaman Nuh tiada undang-undang kejahatan terus kembang tanpa batas. Sebab itulah muncul hukum Taurat, dalam konteks suku kita ada hukum adat yang dikenali sekarang Mahkamah Anak Negeri, tujuan untuk membendung kejahatan dan menyelamatkan mereka yang mahu diselamatkan dari hukuman. Semoga tidak berlaku lagi TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi kerana kejahatan manusia yang tanpa batas. Doa: Tuhan Yesus bendunglah kejahatan kami supaya kami tidak dibinasakan oleh TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.5.2025.

Comments

Popular Posts