BMDC KEJADIAN 2:23-24 Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku – tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki.” Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersatu dengan isterinya" Bab 2 kitab Kejadiaan perincian kisah penciptaan manusia (ay.7), penciptaan perempuan dari tulang rusuk lelaki (ay.21-22) tumbuh-tumbuhan (ay.5) dan hari berhenti pada hari ketujuh (ay.1). Manusia itu di tempatkan di Taman Eden untuk mengusahakan serta menjaga taman itu (ay.15). Mereka boleh makan semua buah-buahan kecuali buah pengetahuan baik dan jahat sebab mereka akan mati pada hari itu juga kalau memakannya (ay.16-17). Begitulah perincian penciptaan manusia dan tugas di Taman Eden, lelaki bersatu dengan isterinya supaya tidak kesunyian dan ada penolong yang sesuai, perkahwinan lelaki diciptakan supaya tiada kesunyian dan ada penolong yang sesuai bukan sebaliknya. Kenapa banyak perkahwinan yang gagal kerana lelaki gagal mencari penolong yang sesuai masih kesunyian, alangkah manis perkahwinan itu kalau suami dan isteri tahu tujuan perkahwinan. Semoga lelaki bersatu dengan isterinya tiada lagi kesunyian dan ada penolong yang sesuai. Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar perkahwinan dapat menghapus kesunyian. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 18.5.2025. Selamat beribadah ibadah menghapus kesunyian.

Comments

Popular Posts