BMDC KEJADIAN 14:11-12
Empat orang raja yang menang, menjarah segala sesuatu di Sodom dan Gomora, termasuk bahan makanan, lalu mereka pergi dari situ. Lot, anak saudara Abram, juga tinggal di Sodom, maka dia pun ditawan oleh musuh berserta segala harta bendanya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Ditawan oleh musuh" Bab 14 kitab Kejadiaan sambungan kisah Lot yang tinggal di Sodom kerana tertarik dengan kesuburan lemah itu (Kej.13:10). Tetapi Lot berada pada tempat dan waktu yang tidak menguntungkan, kerana berlaku perang di sana raja Sodom bersama sekutu dengan empat raja yang menyerang (ay.8-9), raja Sodom dan sekutu kalah mereka dijarah termasuk Lot dan semua miliknya (ay.11-12). Pilihan Lot mula menyusahkan dia lembah yang subur itu banyak jerat yang tersembunyi.
Abram yang mendengar Lot ditawan bersama semua milik, dia pun mengumpul sekutu iaitu Mamre dan saudaranya, mereka mengejar dan akhirnya menang, Lot dan semua milik dapat dikembali (ay.13-16). Diusia 75 (lebih) tahun Abram masih gagah perkasa, bukan saja iman kuat tetapi tubuh pun masih kuat, dia berperang melawan 4 raja dengan 318 orang sahaja. Begitulah hebat sosok Abram ibarat sang Mesias pembebas kita dari hukuman dosa. Kemudian
Abram diberkati oleh raja Melkisedek raja Salem imam TUHAN yang Maha Tinggi (ay.18-19), sebagai balasan Abram memberi sepersepuluh dari hasil jarahan (ay.20).
Semoga kita tidak ditawan oleh musuh sebab berada di tempat yang tidak sepatutnya.
Doa: Tuhan Yesus kami seperti Lot ditawan oleh musuh tetapi Engaku datang membebaskan kami, terima kasih Tuhan Yesus.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
30.5.2025
Selamat menyambut pesta Kaamatan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment