Wahyu 21:1-3 (AVB) Aku melihat langit baru dan bumi baru, kerana langit dan bumi yang lama telah lenyap, dan laut pun tiada lagi.
Kemudian aku, Yohanes, melihat kota suci, Yerusalem Baru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantin yang terhias untuk suaminya.
Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Yerusalem Baru" Bab 21 kitab Wahyu penglihatan Yohanes langit dan bumi baru (ay.1), bukan saja ada Perjanjian Baharu tetapi langit dan bumi pun ada yang baharu, puji TUHAN.
Kemudian Yohanes melihat Yerusalem Baru yang turun dari syurga seperti pengantin berhias untuk suaminya (ay.2). Itulah pengantin Tuhan Yesus, buka seseorang tetapi sebuah kota suci yang indah tempat tinggal manusia yang ada namanya di Kitab Hidup Anak Domba tiada yang najis masuk dalam kota suci itu (ay.27). Bukan seperti kota yang ada di bumi sekarang ini penuh dengan kejahatan.
TUHAN tinggal bersama bulan dan binatang tidak diperlukan kerana kemuliaan TUHAN menerangi dan Anak Domba itulah pelitanya (ay.23). Kota itu diperbuat daripada emas tulen seperti kaca yang jenih (ay.18), tidak dapat kita bayangkan, dalam filem saja ada gambaran seperti itu mungkin juga mereka terinpirasi dari penglihatan Yohanes.
Size kota Yerusalem Baru seribu empat ratus batu untuk lebar, panjang dan tinggi sama (ay.16) betapa besar kota itu.
Semoga kita semua adalah calon-calon penghuni Yerusalem Baru itu.
Doa: Tuhan Yesus kami bersyukur kerana nama kami ada dalam Kitab Hidup Anak Domba itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
15.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment