Wahyu 12:15-17 (AVB) Naga itu menyemburkan air dari mulutnya seperti air bah untuk menghanyutkan perempuan itu.
Tetapi bumi membantu perempuan itu dengan membuka mulutnya dan menelan air bah yang disemburkan oleh naga itu.
Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Naga itu amat marah" Bab 12 kitab Wahyu penglihatan Yohanes seorang perempuan hamil yang berpakaian matahari dan bulan di bawah kakinya, bermakhota dua belas bintang (ay.1), kalau dibuat image menggunakan teologi AI sudah tentu luar biasa sosok wanita hamil itu, siapakah dia?
Kemudian muncul pula seekor naga merah yang amat besar berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, bermakhota tujuh di kepala (ay.3) yang mahu menelan anak yang akan dilahirkan oleh perempuan hamil itu (ay.4). Tetapi tidak berjaya sebab naga itu kalah dalam pertempuran di syurga dan dihumban ke bumi bersama malaikatnya, mereka tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi (4,7,8). Naga itulah ular purba yang bernama Iblis dan syaitan yang memperdaya manusia (ay.9), dimaksudkan ketika Hawa terpedaya di taman Eden (Kej. 3:1-6).
Kemudian naga itu sangat marah ketika sedar sudah dihumban ke bumi, menyerang anak-anak perempuan yang lain iaitu yang taat kepada perintah TUHAN dan yang ada kesaksian tentang Yesus Kristus (ay.17).
Kitalah anak-anak perempuan itu, tidak hairan kenapa hidup kita banyak penderitaan kerana kesaksian kita tentang Yesus Kristus kerana naga itu amat marah.
Semoga kita tidak kalah kerana naga itu amat marah kepada kita.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami kemenangan, kuatkan kami supaya tidak kalah dengan naga merah yang amat marah kepada kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
6.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment