Wahyu 10:10-11 (AVB) Lantas kuambil gulungan naskhah kecil itu daripada tangan malaikat itu lalu kumakan, maka di mulutku terasa semanis madu. Tetapi setelah habis kumakan, perutku terasa pahit.
Dia berkata kepadaku, “Kamu harus bernubuat lagi tentang pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan raja.”
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Gulungan naskhah kecil" Bab 10 kitab Wahyu penglihatan Yohanes seorang malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga (ay.1) memegang segulung naskhah kecil yang terbuka (ay.2). Mungkin firman TUHAN yang sudah ketahui oleh orang iaitu tentang Tuhan Yesus.
Kemudian Yohanes disuruh oleh satu suara mengambil gulungan naskhah kecil itu (ay.8), Yohanes mengambil gulungan itu, malaikat itu pulalah menyuruh dia memakan gulungan naskhah kecil itu yang terasa manis di mulut tetapi pahit di perut (ay.9).
Yohanes pun memakannya memang terasa seperti itu (ay.10).
Mungkin bermaksud firman TUHAN yang ada manis dan pahit dalam hidup kita,
malaikat itu berkata kepada Yohanes kamu harus bernubuat lagi kepada kaum, bangsa, bahasa dan raja (ay.11).
Yohanes yang sudah tua itu masih disuruh bernubuat tiada masa rehat selagi masih hidup.
Semoga kita belajar memakan gulungan naskhah kecil itu yang ada manis dan pahit dalam pelayanan.
Doa: Tuhan Yesus gulungan naskhah kecil sudah ditentukan manis dan pahit dalam pelayanan tidak dapat dipisahkan, kuatkan kami supaya mampu bertahan.
Ibadah yang sejati bertahan dalam kemanisan dan kepahitan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
4.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment