Wahyu 17:13-14 (AVB) Mereka sepakat dan akan menyerahkan kuasa dan kekuasaan mereka kepada binatang itu. Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.” Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja" Bab 17 kitab Wahyu penglihatan Yohanes seorang perempuan duduk di atas binatang buas, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh (ay.3), dia memegang cawan emas yang penuh dengan perbuatan cabul dan kecemaran perzinaannya (ay.4). Pembaca dapat memahami bahawa raja Roma yang di maksud oleh Yohanes, dikuatkan lagi dengan tempat tinggal perempuan itu di tujuh gunung (ay.9) kota Roma memang didirikan pada tujuh bukit. Perempuan itu mabuk dengan darah orang orang salih dan darah saksi Yesus (ay.6). Begitulah kejam raja itu dahulu pernah hidup dan hidup lagi, mungkin bermaksud kekejaman raja Nero pada tahun 60an berulang lagi pada tahun 90an oleh raja lain pada waktu kitab Wahyu ditulis. Walaupun apapun kekejaman, kejahatan dan penganiayaan pada zaman kitab Wahyu pada zaman kita dan zaman yang akan datang semuanya akan dikalahkan oleh Anak Domba itu sebab Dia Tuan dari segala tuan dan Raja dari segala Raja, Dia bersama dengan orang yang dipanggil, dipilih dan setia kepada-Nya. Semoga kita dapat bertahan dalam penderitaan kerana Tuhan Yesus ialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja akan mengalah kekejaman perempuan itu. Doa: Tuhan Yesus segeralah datang kalahkan perempuan yang mabuk darah orang Kristian. Ibadah yang sejati menyembah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.5.2025.

Comments

Popular Posts