BMDC KEJADIAN 8:20-21
Nuh mendirikan sebuah mazbah untuk TUHAN. Dia mengambil seekor daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, lalu di atas mazbah itu, dia mempersembahkan semuanya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Bau harum korban itu menyenangkan hati TUHAN, lalu TUHAN berfirman di dalam hati, “Aku tidak lagi mengutuk bumi kerana perbuatan manusia; Aku tahu bahawa sejak masa muda, fikiran manusia itu jahat. Aku tidak lagi membinasakan semua makhluk hidup, seperti yang telah Aku lakukan kali ini.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak lagi mengutuk bumi kerana perbuatan manusia" Bab 8 kisah bagaimana banjir besar yang membinasakan manusia dan binatang telah surut. TUHAN memerintahkan Nuh dan semua orang bersamanya dan binatang keluar dari bahtera (ay.15-19). Kemudian Nuh mendirikan sebuah mazbah untuk TUHAN, dia mempersembahkan seekor daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang halal kepada TUHAN (ay.20). Bau korban itu menyenang hati TUHAN, lalu TUHAN berfiman di dalam hati bahawa tidak akan mengutuk bumi kerana perbuatan jahat manusia, tidak membinasakan makhluk seperti yang telah dilakukan-Nya (ay.21), akan ada musim menanam, menuai, musim sejuk, panas, kemarau, hujan, siang dan malam (ay.22).
Nuh sekali lagi menyelamatkan manusia, binatang dan bumi dibinasakan lagi oleh TUHAN, bumi juga tidak dikutuk oleh TUHAN kerana perbuatan manusia.
Semoga kita seperti Nuh menyenangkan hati TUHAN, supaya TUHAN tidak lagi mengutuk bumi.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati seperti Nuh menyenangkan hati TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
24.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment