Wahyu 15:1-2 (AVB) Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah. Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menang menghadapi dugaan" Bab 15 kitab Wahyu penglihatan Yohanes suatu tanda di langit kelihatan mereka yang menang atas dugaan oleh binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya berdiri di lautan kaca bercampur api memuji TUHAN (ay.1-4). Kita tahu dugaan itu datang dari Iblis yang menggunakan kuasa pemerintah atau orang tertentu di sekitar kita untuk membunuh dan menyeksa umat Kristian sepanjang zaman. Yohanes juga melihat tujuh lagi malaikat membawa tujuh wabak yang terakhir kemudian selesailah murka TUHAN (ay.1, 6-7). Mungkin ada yang berfikir Tuhan Yesus tidak bertindak membela umat Kristian tetapi sebenarnya Dia bertindak, penglihatan malaikat yang membawa wabak itu pembalasan kejahatan pengikut binatang itu. Kemudian Yohanes melihat Bait Suci yang dipenuhi oleh kemuliaan TUHAN (ay.8), walaupun tiada lagi Bait Suci di Yerusalem tetapi masih ada di syurga, mungkin sebagai penghiburan kepada umat Kristian Yahudi yang terasa sangat kehilangan bait itu. Semoga kita menang menghadapi dugaan daripada Iblis yang menguasai sebahagian manusia dan kerajaan di dunia ini. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak tergoda menjadi pengikut binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 9.5.2025.

Comments

Popular Posts