BMDC KEJADIAN 12:19-20 Mengapa kamu katakan bahawa dia adikmu, dan membiarkan beta mengambilnya menjadi isteri beta? Ini dia isterimu; ambillah dia dan pergilah!” Raja memberikan perintah kepada beberapa orang pegawainya, lalu mereka menyuruh Abram pergi dari negeri itu bersama-sama isterinya dan segala miliknya. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Abram pergi dari negeri itu" Bab 12 kitab Kejadiaan permulaan kisah Abram, TUHAN berfiman kepada Abram supaya pergi ke negeri yang akan ditunjukkan kepadanya (ay.1). TUHAN berkata akan memberi dia ramai keturunan sehingga menjadi bangsa yang besar, memberkati dia dan membuat namanya termasyhur sehingga menjadi berkat kepada bangsa-bangsa (ay.2). TUHAN memberkati orang memberkati Abram dan mengutuk orang mengutuk Abram (ay.3). Abram tidak berfikir panjang terus menerima tawaran itu, walaupun pun di usia 75 tahu (ay.4-5). Memulakan hidup baru tidak mengenal usia, mereka yang berusia 70 tahun masih boleh mengubah kehidupan. Abram menuju Kanaan, kerana ada kebuluran di tanah Kanaan dia pergi jauh ke selatan sehingga tiba di Mesir (ay.10). Di Mesir Abram menyuruh Sarai isterinya berbohong mengatakan dia adalah adiknya, Abram takut dibunuh (ay.13). Firaun mengambil Sarai kerana cantik, tetapi TUHAN mendatangkan penyakit ke atas baginda dan semua orang dalam istana (ay.17). Raja pun memanggil Abram mengembalikan Sarai kepadanya (ay.19) kemudian menyuruh Abram pergi meninggalkan negeri itu bersama isteri dan semua miliknya (ay.20). Ada masa kita perlu meninggalkan sesuatu demi kebaikan bersama, mungkin bukan kehendak TUHAN kita berada lagi di sana. Semoga kita belajar seperti Abram pergi meninggalkan negeri itu demi kebaikan bersama. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat membuat keputusan untuk pergi kesatuan tempat demi kebaikan bersama. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.5.2025.

Comments

Popular Posts