Wahyu 13:1-2 (AVB) Aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh berkepala tujuh. Di setiap tanduk terletak mahkota dan di setiap kepala tertulis nama kufur. Binatang itu kelihatan seperti harimau bintang tetapi kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasa dan takhtanya serta kekuasaan yang besar. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Binatang yang keluar dari dalam laut" Bab 13 kitab Wahyu penglihatan Yohanes tentang binatang yang yang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh, berkepala tujuh setiap tanduk bermakhota dan bertulis nama kufur (ay.1). Binatang ini berkuasa kerana diberi kuasa dan takhta oleh Naga itu (ay.2), mungkin maksud binatang itu ialah kerajaan Romawi. Kemudian muncul lagi dari tanah binatang buas yang bertanduk dua seperti anak domba bertutur seperti naga (ay.11), binatang kedua itu menyuruh seluruh penduduk bumi menyembah binatang pertama (ay.12), binatang kedua memberi tanda-tanda hebat seperti menurunkan api dari langit ke atas bumi di hadapan manusia (ay.13). Kita tidak pasti maksud penglihatan Yohanes tentang dua binatang itu, tetapi memang ada kena mengena dengan kerajaan pada masa itu yang kejam terhadap orang Kristian, Yohanes menuntut mereka tabah, beriman (ay.10) dan kebijaksanaan (ay.18). Sehingga hari ini penderitaan kerana iman masih berlaku, kita pun perlu tabah, beriman dan bijaksana. Semoga kita dapat bertahan dalam penderitaan yang diakibatkan oleh binatang yang keluar dari dalam laut dan binatang yang keluar dari bumi. Doa: Tuhan Yesus berikan kami ketabahan, iman dan kebijaksanaan melawan penderitaan di dunia ini. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.5.2025.

Comments

Popular Posts