BMDC KEJADIAN 11:7-9 Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain.” Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu. Kota itu dinamakan Babel kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menara Babel" Bab 11 kitab Kejadiaan kisah menara Babel dan keturunan Sem. Dari keturunan Sem lahirlah Abram (ay.26) yang kemudian diberi nama Abraham oleh TUHAN (Kej.17:5 TB). Manusia yang hidup selepas banjir masih bertutur satu bahasa (ay.1). Seperti manusia sebelum banjir mereka juga jahat dan mengagungkan diri sendiri bukan mengagungkan TUHAN, mereka mula membina satu menara yang puncak sampai ke langit supaya mereka termasyhur dan tidak tercerai-berai (ay.4). Itu hanyalah permulaan rancangan manusia kata TUHAN, selepas itu mereka sanggup buat apa sahaja (ay.6). TUHAN pun mengacau bahasa manusia dan mencerai-beraikan mereka (ay.7-8), kota itu dinamakan Babel (ay.9). Manusia boleh bersatu untuk melawan TUHAN dan boleh juga bersatu menurut kehendak TUHAN. Manusia tidak belajar daripada banjir besar itu, sepatutnya mendirikan menara untuk TUHAN bukan untuk kemasyhur manusia. Hari ini kita perlu berhati-hati apabila membina sesuatu ingatlah TUHAN dan dedikasikan kepada-Nya. Semoga kita membina menara Babel untuk kemasyhur nama Tuhan Yesus bukan untuk kemasyhur nama manusia. Doa: Tuhan Yesus berikan kami niat membina sesuatu untuk kemasyhur nama-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.5.2025.

Comments

Popular Posts