Wahyu 22:16 (AVB) “Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat Daud, dan bintang fajar yang bersinar.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bintang fajar yang bersinar" Bab 22 kitab Wahyu adalah bab terakhir dan terakhir dalam Alkitab sendiri. Kisah manusia bermula di sebuah taman dan berakhir juga di sebuah tempat seperti taman, ada air sungai dan ada pokok tumbuh di tepi sungai yang disebut pokok hayat, berbuah dua belas jenis setiap bulan dan daunnya menyembuhkan bangsa-bangsa (ay.2). Tiada kata yang boleh mengambarkan keindahan taman itu. Tiada lagi pengetahuan baik dan jahat sebab sudah diketahui selama kisah manusia di bumi yang lama itu.
Kemudian Tuhan Yesus sendiri memberi kesaksian tentang diri-Nya Dialah Tunas dan Zuriat Daud dan bintang fajar yang bersinar (ay.16). Dahulu ada Putera Fajar yang disebut dalam Yesaya 14:12 tetapi itu gelar untuk iblis jatuh ke bumi yang kita ada sekarang ini, dalam bumi baharu bintang fajar ialah Tuhan Yesus.
Tuhan Yesus juga berpesan bahawa Dia datang segera (ay.20).
Mereka yang belum menerima Tuhan Yesus sebagai binatang fajar yang bersinar terimalah Dia supaya boleh masuk dalam kota suci diperbuat daripada emas tulen.
Semoga kita menerima Dia bintang fajar yang bersinar itu supaya kita pun bersinar seperti bintang fajar.
Doa: Tuhan Yesus Engkaulah bintang fajar kami yang menerangi hidup kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
16.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment