Wahyu 18:1-2 (AVB) Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangi oleh kemuliaannya.
Dia berseru dengan suara yang lantang dan hebat, “Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh, dan telah menjadi tempat kediaman roh-roh jahat, penjara bagi setiap roh jahat, sangkar bagi setiap burung yang jijik dan dibenci!
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Babel yang agung telah runtuh" Bab 18 kitab Wahyu penglihatan Yohanes satu lagi malaikat turun dari syurga dengan kuasa yang besar, bumi diterangkan oleh kemuliaannya (ay.1).
Pada zaman kita penglihatan Yohanes seperti watak-watak dalam permainan online, wajah, badan yang pelik, kuasa yang agung, suara yang kuat dan sebagainya. Mungkin para pencipta permainan itu terinpirasi kitab Wahyu.
Malaikat dari syurga itu berkata "Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh..." (ay.2).
Yohanes juga mendengar satu lagi suara dari syurga berkata "keluarlah daripadanya, hai kaumku supaya tidak bersubahat dengan dosanya dan tidak ditimpa wabaknya" (ay.4). Babel itu bukanlah kota Babel yang disebut dalam Perjanjian Lama tetapi kota Rom hanya kata kiasan atau kata samaran agar tidak diketahui oleh pemerintah. Sudah tentu difahami oleh jemaah di Asia Kecil pada zaman itu.
Semua kejahatan pasti dihukum oleh TUHAN, sebab itu kita semua perlu bertaubat keluar dari kota Babel agar tidak ditimpa wabaknya iaitu hukum TUHAN.
Semoga kita tidak mahu ikut serta dengan kota Babel sebab kota Babel yang agung telah runtuh.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami keluar dari kota Babel supaya kami tidak turut serta dihukum oleh TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
12.5.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment