BMDC KEJADIAN 9:15-16 Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan kamu dan dengan semua makhluk hidup, bahawa banjir tidak lagi akan membinasakan semua makhluk hidup. Apabila pelangi itu kelihatan di langit, Aku akan melihatnya dan mengingat perjanjian abadi antara Aku dan semua makhluk yang hidup di bumi. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pelangi itu kelihatan di langit" Bab 9 kitab Kejadiaan kisah Nuh dan binatang yang keluar dari bahtera selepas banjir besar yang memusnah semua manusia dan makhluk hidup. TUHAN memberkati Nuh serta anak-anaknya supaya beranak cucu yang mendiami seluruh bumi (ay.1). Mereka boleh makan semua kecuali daging yang masih berdarah (ay.3-4). Selepas banjir manusia dibenarkan makan daging, orang Kristian yang makan semua mereka mengikuti perjanjian Nuh, tidak mengikuti perjanjian Sinai. Tetapi makanan yang masih berdarah orang Kristian sepatutnya tidak memakannya sebab tidak termasuk dalam berkat Nuh. Kemudian TUHAN membuat perjanjian dengan Nuh dan semua binatang yang keluar dari bahtera Nuh, bahawa banjir tidak memusnahkan semua mahluk hidup dan bumi lagi (ay.11). Perjanjian itu abadi ditandai dengan pelangi (ay.12-13). Setiap kali kita melihat pelangi ingatlah Nuh persembahannya yang menyenangkan hati TUHAN, sehingga manusia dibenarkan hidup beranak cucu yang ramai dan boleh makan daging yang masak dan tidak ada banjir besar memusnahkan bumi lagi. Semoga kita ingat apabila pelangi itu kelihatan di langit itulah perjanjian Nuh dan TUHAN yang abadi. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya boleh hidup di bawah perjanjian dan berkat Nuh itu. Damai sejahtera di jiwa kita. Selamat beribadah, ibadah yang sejati apabila ada pelangi di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 25.5.2025.

Comments

Popular Posts