BMDC KEJADIAN 3:17 Kemudian TUHAN Allah berfirman kepada lelaki itu, “Engkau mendengarkan kata-kata isterimu, lalu makan buah yang Aku larang engkau makan. Oleh sebab perbuatanmu itu, terkutuklah tanah. Engkau mesti bekerja keras seumur hidupmu agar tanah ini dapat menghasilkan makanan yang cukup. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Terkutuklah tanah" Bab 3 kitab Kejadiaan kisah permulaan manusia jatuh dalam dosa, kerana memakan buah larangan. Hawa tertipu oleh ular dengan kata-kata bohong kalau memakan buah larangan akan menjadi seperti TUHAN (ay.5). Adam pula menurut kata-kata isterinya kemudian memakan buah larangan (ay.6,17), kerana perbuatan Adam tanah dikutuk oleh TUHAN, tanah menghasilkan semak duri (ay.18), Adam perlu bekerja keras seumur hidup sehingga berpeluh-peluh supaya tanah menghasilkan sesuatu (ay.19). Satu saja masalah Adam dia tidak melarang malah mengikut kata-kata isterinya, adalah menjadi peringatan kepada para suami agar tidak menurut kata-kata isteri tanpa pertimbangan yang sewajarnya, begitu juga para isteri kecantikan selalu menjerat mereka, buah larangan pun kelihatan cantik dan enak dimakan pada kaca mata mereka, adalah menjadi peranan suami mengajar isteri agar tidak tertipu dengan kecantikan. Semoga para suami berfikir secara matang sebelum bersetuju dengan kata-kata isteri kalau tidak tanah terkutu iaitu sumber makan dan pendapatan kita. Doa: Tuhan Yesus berikan para isteri dan para suami kebijaksanaan agar tidak lagi memakan buah larangan iaitu melawan perintah-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.5.2025.

Comments

Popular Posts