BMDC KEJADIAN 4:8-9 Kemudian Kain berkata kepada Habel, adiknya, “Mari kita pergi ke padang.” Apabila mereka sampai di situ, Kain menyerang adiknya lalu membunuh dia. TUHAN bertanya kepada Kain, “Di mana Habel, adikmu?” Kain menjawab, “Aku tidak tahu. Haruskah aku menjaga adikku?” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Di mana Habel adikmu?" Bab 4 kitab Kejadiaan kisah Kain dan Habel adik beradik anak kepada Adam dan Hawa. Keluarga yang diusir dari Taman Eden sudah jadi pembunuhan, Kain dikutuk oleh TUHAN kerana perbuatannya mencurahkan darah Habel ke tanah (ay.10-11), tanah tidak akan menghasilkan apa-apa kalau dia bercucuk tanam. Teringat saya kata orang tua, ada tangan yang menanam menghasilkan buah ada yang tidak, ada persamaan kisah Kain dikutuk oleh TUHAN. Janganlah jadi pembunuhan secara fizikal atau rohani seseorang sebab tanah tidak menghasilkan apa-apa iaitu usaha seseorang untuk mendapatkan rezeki. TUHAN bertanya kepada Kain di mana Habel adikmu? Kain menjawab tidak tahu (ay.9). Biasanya beginilah cara seseorang menutup kesalahan atau dosa yang dia buat, berkata tidak tahu, walaupun memang dia tahu. Semoga kita tahu di mana Habel adikmu bila ditanya oleh TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar tidak membunuh Habel malah menjaga dia sebagai adik. Damai sejahtera di jiwa kita. ๐ŸŽš️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 20.5.2025.

Comments

Popular Posts