BMDC KEJADIAN 10:32
Mereka semua keturunan Nuh, suku demi suku, menurut jurai keturunan masing-masing. Selepas banjir itu, semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh" Bab 10 kitab Kejadiaan cerita tentang keturunan anak-anak Nuh, Sem, Yafet dan Ham (ay.1). Anak Ham yang bernama Kanaan dikutuk oleh Nuh selepas dia sedar Ham tidak menutup tubuhnya ketika telanjang sebab mabuk (Kej.9:25-27).
Walahal Nuh sendiri yang tidak waras ketika mabuk, Ham tidak berbuat apa-apa hanya terlihat bapa mereka telanjang. Tetapi TUHAN tidak mengutuk Ham dan keturunannya, mereka juga beranak pinak seperti Sem dan Yafet.
Semoga kita tahu bahawa semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan tali persaudaraan kami seluruh dunia kerana kami dari keturunan anak-anak Nuh.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
26.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment