Wahyu 14:4-5 (AVB) Mereka ini tidak pernah menajiskan diri dengan perempuan kerana mereka menjaga kesucian mereka. Mereka mengikut Anak Domba ke mana-mana Dia pergi. Mereka telah ditebus daripada kalangan manusia, sebagai persembahan hasil pertama bagi Allah dan Anak Domba.
Mulut mereka tiada kata-kata bohong, dan mereka tiada cacat cela.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tiada kata-kata bohong" Bab 14 kitab Wahyu penglihatan Yohanes Anak Domba yang berdiri di puncak gunung Sion dan bersama 144 ribu pengikut-Nya tertulis di dahi mereka nama-Nya dan nama Bapa-Nya (ay.1). Mereka ini menjaga kesucian tidak mencemarkan diri dengan perempuan, mulut tidak ada kata-kata bohong dan tiada cacat cela (ay.4-5).
Mungkinkah ada manusia seperti ini?
Yohanes juga mendengar nyanyian oleh 144 ribu orang itu di hadapan takhta, empat mahluk dan 24 tua-tua itu suatu nyanyian yang tidak dapat dipelajari kecuali oleh 144 ribu orang itu (ay.2-3).
Begitulah ibadah di syurga yang dilihat oleh Yohanes.
Penglihatan seterusnya tiga malaikat lain yang satu memberitakan Injil di seluruh dunia (ay.6), malaikat kedua mengatakan Babel sudah runtuh (ay.8) mungkin kerajaan Romawi yang dimaksudkan.
Malaikat ketiga bersuara lantang mengatakan siapa yang menyembah binatang itu, patungnya dan bertanda di dahi atau tangan akan hukum oleh TUHAH (ay.9,11).
Mungkin bermaksud mereka yang melakukan kejahatan, sesuai tujuan kitab ini untuk menguatkan jemaah yang sedang dianiaya oleh pemerintah pada masa itu.
Sekali lagi Yohanes mahu jemaah tabah dan beriman kepada Tuhan Yesus (ay.12).
Semoga kita dapat menjaga kesucian tiada kata-kata bohong di mulut kita.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami kuatkan iman supaya kami dapat menjaga kesucian kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
8.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment