BMDC KEJADIAN 6:5-8
TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan. Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi. TUHAN begitu kecewa sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.” Tetapi Nuh menyenangkan hati TUHAN.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Nuh menyenangkan hati TUHAN" Bab 6 kitab Kejadiaan kisah kejahatan manusia, fikirkan mereka dipenuhi kejahatan (ay.5) TUHAN tidak lagi mengizinkan manusia hidup lama tidak melebihi 120 tahun (ay.4). Bayangkan betapa sengsara hidup di dunia pada zaman itu penuh dengan kejahatan sudahlah begitu manusia pula hidup lama, berapa banyak ke jahat yang mereka lakukan. Berbanding sekarang umur 50 tahun pun dikira sudah tua sebab pada umur 60-70 akan mati.
Di tengah kejahatan manusia itu ada juga satu manusia yang menyenangkan hati TUHAN iaitu Nuh (ay.8). Tidak seperti kisah Sodom dan Gomorah satu pun tiada yang menyenangkan hati TUHAN (Kej.18:23-33TB).
Hari ini sama juga cara Tuhan melihat manusia, kenapa satu tempat dahulu ramai orang tetapi sekarang sunyi sepi, mungkin tiada satu orang pun menyenangkan hati TUHAN.
Semoga kita seperti Nuh menyenangkan hati TUHAN, supaya keluarga kita tidak dibinasakan oleh TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kami mohon kebenaran Mu adalah kebenaran kami yang menyenangkan hati TUHAN supaya kami tidak dibinasakan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
22.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment