Wahyu 19:20-21 (AVB) Kemudian binatang itu ditawan, dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagai tanda di hadapannya dan dengan demikian memperdaya orang yang telah menerima tanda binatang itu serta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanya dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala dengan belerangnya. Yang lain dibunuh dengan pedang yang keluar daripada Dia yang berkuda. Burung-burung kenyang makan daging mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api" Bab 19 kitab Wahyu penglihatan Yohanes sekali lagi ibadah di syurga dia mendengar suara orang banyak bernyanyi memuji TUHAN (ay.1-3) empat mahluk pelik itu dan 24 tua-tua sujud menyembah TUHAN yang bersemayam di atas takhta (ay.4). Begitulah susana ibadah di syurga, seperti ibadah yang kita lakukan di gereja semua memuji TUHAN dan Tuhan Yesus. Kemudian Yohanes melihat syurga terbuka, kelihatan kuda putih ditunggangi oleh Dia yang Setia dan Benar, dengan keadilan Dia menghakimi dan memerangi (ay.11), kita tahu itu ialah Tuhan Yesus. Yohanes melihat pula binatang itu, raja-raja dan tentera mereka berhimpun untuk memerangi Dia yang berkuda putih bersama tentera-Nya (ay.19). Akhirnya binatang itu ditawan kemudian dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api (ay.20). Kemenangan milik Tuhan Yesus siapa yang dapat mengalah-Nya. Semoga kita tetap setia kepada Tuhan Yesus sebab binatang itu dihumbankan ke dalam lautan api, kita tidak mahu ikut dihumbankan bersama binatang itu. Doa: Tuhan Yesus segeralah datang dan kalahkan binatang itu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 13.5.2025.

Comments

Popular Posts