BMDC KEJADIAN 1:29-31 Aku memberi kamu segala jenis tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan biji-bijian dan buah-buahan, sebagai makanan kamu. Aku memberikan rumput dan tanaman berdaun sebagai makanan kepada semua burung dan binatang liar yang lain.” Lalu hal itu berlaku. Allah memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keenam. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Biji-bijian dan buah-buahan menjadi makanan kamu" Bab 1 kitab Kejadiaan kisah penciptaan dunia yang kita tinggal sekarang ini, ada pencipta ada pemilik dan ada penguasa yang diberikan kuasa oleh TUHAN iaitu manusia (ay.28), manusia diciptakan seperti diri-Nya sendiri (ay.27). Begitulah tingginya martabat seorang manusia sehinggalah hari ini. Makanan manusia pula adalah biji-bijian dan buah-buahan (ay.29), tidak seperti manusia hari ini makan ikan dan daging mungkin sebab itulah manusia mudah sakit dan meninggal pada usia muda. Semoga kita belajar bahawa manusia diciptakan untuk makan biji-bijian dan buah-buahan. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar memakan biji-bijian dan buah-buahan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.5.2025.

Comments

Popular Posts