Yakobus 5:17-18 (AVB) Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Berdoa bersungguh-sungguh" Bab 5 surat Yakobus adalah penutup surat, ada beberapa ajaran yang disampaikan kepada pembaca antaranya tentang kedatangan Tuhan Yesus, seperti penulisan Perjanjian Baharu yang lain dia yakin akan berlaku tidak lama lagi (ay.8) pada zaman mereka. Penulis mengangkat tokoh Perjanjian Lama Ayub sebagai contoh orang sabar dalam kesengaraan (ay.11), sesuai keadaan jemaah pada masa itu yang mengalami banyak kesengaraan kerana iman mereka. Nabi Elia pula contoh orang yang bersungguh-sungguh berdoa kepada TUHAN, sehingga doanya dikabulkan iaitu menahan hujan tidak turun dan memanggil hujan supaya turun (ay.17-18). Akhir sekali penulisan mengingatkan agar memimpin kembali orang yang sesat ke jalan kebenaran (ay.19-20). Mari kita belajar supaya seperti Elia berdoa bersungguh-sungguh. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya seperti Elia berdoa bersungguh-sungguh kepada-Mu, sehingga doa kami dikabulkan. Amen. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 8.4.2025.

Comments

Popular Posts