Wahyu 3:17 (AVB) Kamu berkata, ‘Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Serba kekurangan dan amat malang" Bab 3 kitab Wahyu sambungan pesan Yesus Kristus kepada tujuh jemaah di Asia Kecil, kali ini kepada malaikat jemaah di Sardis (ay.1), jemaah di Filadelfia (ay.7) dan jemaah di Laodikia (ay.14). Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan seperti jemaah yang lain. Jemaah di Sardis kekuatan; mereka ada sebilangan yang tidak mencemarkan diri (ay.4) nama mereka tidak dipadamkan dalam buku kehidupan (ay.5), kelemahan; mereka perlu bertaubat patuhi semua yang telah diajarkan kepada mereka (ay.3).
Jemaah di Filadelfia kekuatan; mereka taat kepada firman Yesus Kristus dan tidak menyangkal iman mereka (ay.8), kelemahan; iman mereka tidak begitu kuat.
Jemaah di Laodikia kekuatan; mereka kaya, tidak kekurangan apa-apa, cukup segala-galanya dari segi kebendaaan (ay.17),
Kelemahan; mereka miskin secara rohani serba kekurangan, miskin, telanjang serta buta amat malang (ay.17).
Hari ini pun ada jemaah seperti tiga jemaah yang disebut itu, antaranya kaya raya kerana wang persembahan yang melimpah ruah tetapi miskin rohani mungkin tiada kasih persaudaraan, mementingkan diri sendiri, menggunakan wang sebagai ganti diri dalam persekutuan dan sebagainya.
Semoga kita belajar tidak memiliki rohani yang serba kekurangan dan amat malang.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami rohani yang kuat supaya tidak miskin rohani.
Ibadah yang sejati dari hati yang kaya rohani.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
27.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment