1 Petrus 4:5-7 (AVB) Mereka kelak harus mempertanggungjawabkan perbuatan mereka kepada Allah yang sedia menghakimi orang hidup dan orang mati.
Itulah sebabnya Injil juga disampaikan kepada orang yang telah mati, supaya mereka yang dihakimi sebagai manusia secara jasmani, dapat hidup secara rohani menurut kehendak Allah.
Sudah hampir waktunya bagi segala-galanya berakhir. Oleh itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berjaga-jaga.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Injil juga disampaikan kepada orang yang telah mati" Bab 4 surat 1 Petrus tentang beberapa ajaran antaranya teologi penderitaan kerana mengikut Kristus yang di cela oleh orang lain sebab tidak seperti mereka lagi yang mabuk, menyembah berhala, hidup cabul dan memuaskan nafsu (ay.3-4).
Mungkin kita ada pengalaman seperti itu, dicela kerana tidak ikut minum sampai mabuk, tidak merokok, dan sebagainya.
Petrus juga yakin kedatangan Tuhan Yesus sudah semakin hampir pada zaman mereka (ay.7), sama seperti kita berharap kedatangan Tuhan Yesus pada zaman kita. Penghakiman akan berlaku terhadap orang hidup dan yang sudah mati (ay.5) itulah sebab Injil disampaikan kepada orang yang telah mati, supaya dihakimi secara jasmani dan hidup sebagi rohani (ay.6), kebesaran kuasa Tuhan Yesus tidak terjangkau oleh fikir kita.
Mari kita belajar injil juga disampaikan kepada orang yang sudah mati.
Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana injil untuk semua orang, semoga tiada yang tidak selamat. Amen.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
12.4.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment