Wahyu 4:10-11 (AVB) Sambil itu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yang bersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkota mereka di hadapan takhta itu lalu berkata, “Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kemuliaan, kehormatan dan kuasa" Bab 4 kitab Wahyu bermulalah penglihatan Yohanes yang tidak biasa dilihat oleh manusia. Yohanes melihat pintu syurga terbuka kemudian dia di suruh masuk untuk memperlihatkan kepadanya apa yang pasti akan terjadi kelak (ay.1), bermaksud apa yang dilihat oleh Yohanes belum berlaku tetapi pasti akan berlaku. Kemudian Yohanes melihat sosok yang gilang-gemilang duduk di takhta di setiap sisi takhta ada empat mahluk pelik (ay.6-7), di hadapan takhta ada dua puluh empat takhta yang diduduki oleh tua-tua yang berpakaian putih dan bermakhota (ay.2-4), Kelihatan tujuh pelita yang menyalah iaitu tujuh Roh TUHAN (ay.5). Kemudian tua-tua itu menyembah Dia yang duduk di takhta itu mereka berkata "Ya Tuhan, ya TUHAN kami Engkau layak diberi kemuliaan, kehormatan dan kuasa kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan diciptakan (ay.11). Penglihatan itu suatu ibadah di syurga seperti ibadah di gereja tiada yang kita beri kemuliaan, kehormatan dan kuasa hanya kepada Tuhan Yesus. Suatu pertemuan akan menjadi ibadah kalau ada unsur memberi kemuliaan, kehormatan dan kuasa kepada Tuhan Yesus, kalau tiada bukanlah ibadah. Semoga kita dapat memberi kemuliaan, kehormatan dan kuasa kepada Tuhan Yesus dalam ibadah dan kesaksian hidup kita. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar dapat memberi kemuliaan, kehormatan dan kuasa kepada-Mu setiap hari. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 28.4.2025.

Comments

Popular Posts