Ibrani 11:14-16 (AVB) Mereka yang berkata demikian menyatakan terang-terang bahawa mereka sedang mencari tempat untuk dijadikan tanah air mereka.
Sesungguhnya, kalaulah mereka teringat akan negeri yang telah ditinggalkan mereka dahulu, mereka akan mendapat peluang untuk kembali.
Tetapi kini mereka inginkan tempat yang lebih baik, iaitu di syurga. Oleh itu, Allah tidak malu disebut sebagai Allah mereka; Dia telah menyediakan sebuah kota untuk mereka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mencari tempat untuk dijadikan tanah air" Bab 11 surat Ibrani penulis membahas tentang iman, dia memberi pengertian bahawa iman adalah kepastian dan keyakinan kepada perkara-perkara yang diharapkan dan tidak kelihatan (ay.1), seperti kita begitu pasti dan yakin syurga menjadi tujuan akhir di dalam Yesus Kristus.
Penulis memberikan contoh tokoh iman dan iman dalam Alkitab, seperti kisah penciptaan kita percaya diciptakan oleh firman TUHAN dari yang tidak kelihatan menjadi ada yang kelihatan (ay.3), Habel kerana iman persembahannya lebih baik daripada Kain (ay.4), Abraham kerana iman yang disuruh ke satu tempat yang tidak diketahuinya dia pergi (ay.8), Rahab seorang pelacur Kota Yerikho yang pasti dan yakin kota itu akan jatuh ke tangan orang Israel (ay.30-31) sedangkan orang Israel sendiri tidak yakin. Ramai lagi tokoh iman yang disebut oleh penulis dan masih ramai lagi yang mahu diberikan contoh tetapi kesuntukan masa (ay.32) mungkin dia pun menunggu dihukum mati oleh pemerintah.
Penulis simpulkan bahawa mereka yang beriman mencari tempat untuk dijadikan tanah air yang lebih baik daripada yang ada di bumi (ay.14, 16)
Mari kita belajar beriman bererti mencari tempat yang lebih baik daripada di bumi.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami supaya tidak terpaut kepada keindahan dunia tetapi kami tetap beriman kepada syurga yang lebih baik.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
1.4.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment