Wahyu 7:16-17 (AVB) Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi. Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagi
kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka. Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup, dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menghapuskan setiap titik air mata mereka" Bab 7 kitab Wahyu penglihatan Yohanes tentang empat malaikat yang menahan empat penjuru mata angin di bumi, supaya tidak ada angin bertiup di darat, di laut dan di pokok (ay.1), bermaksud merosakkan daratan dan lautan (ay.2). Tetapi sebelum penderitaan itu bermula terlebih dahulu suku Israel dimaterai di dahi seramai 144000 orang (ay.4), tidak pasti maksud bilangan ini adakah memang begitu atau ada maksud lain.
Kemudian Yohanes melihat lautan manusia yang tidak terkira, daripada segala bangsa, suku, kaum dan bahasa, berjubah putih memegang daun palma di hadapan takhta Anak Domba (ay.9), mereka ini yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat dan mencuci jubah dengan darah Anak Domba (ay.14), mereka tidak akan lapar dan haus lagi, terik matahari tidak dapat membakar mereka lagi (ay.16) sebab Anak Domba bersama mereka menjadi gembala menghapus setiap titik air mata (ay.17).
Semoga kita tergolong dalam lautan manusia yang berjubah putih itu dan Anak Domba menghapus setiap titik air mata mereka.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tergolong dalam lautan manusia berjubah putih yang dapat hidup bersama-Mu selamanya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
1.5.2025.
Selamat Hari Pekerja.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment