3 Yohanes 1:13-15 (AVB) Ada banyak lagi yang hendak kusebutkan kepadamu, tetapi lebih eloklah tidak melalui pena dan dakwat. Aku berharap akan dapat segera bertemu dan berbincang denganmu. Damai sejahtera Tuhan menyertaimu. Semua sahabatmu di sini berkirim salam. Sampaikan salamku kepada setiap sahabat di sana dengan menyebut nama masing-masing. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Segera bertemu dan berbincang denganmu" Surat 3 Yohanes juga hanya satu bab, penerima surat ialah Gayus, sahabat penulis surat (ay.1). Gayus dikaitkan dengan orang Makedonia yang bersama Paulus di Efesus suatu ketika dulu (Kis. 19:29), jemaah Gayus boleh kita andaikan di Makedonia dan penulis di Efesus, kalau penulisan ialah rasul Yohanes. Penulis memuji perbuatan Gayus yang setia dalam kebenaran menurut kesaksian saudara seiman (ay.3). Penulis memohon agar Gayus dapat membantu orang yang dalam perjalanan (ay.6), mungkin mereka ini para pemberitaan Injil kerana disebut berangkat demi nama Tuhan (ay.7). Kita juga boleh mencontohi Gayus yang hidup dalam kebenaran dan menyembut orang lain, atau gereja sendiri menyediakan rumah tetamu. Penulis berniat dapat berjumpa secepat mungkin dengan Gayus untuk berbincang, kita dapat mengagak ada kaitan dengan penginjilan. Sikap penulis yang ada hubungan baik dengan orang lain boleh kita contohi. Semoga kita segera bertemu dan berbincang denganmu iaitu para sahabat kita dalam Yesus Kristus demi pelayanan. Doa: Tuhan Yesus ajar kami menjalin hubungan yang baik dengan para pelayan yang lain demi pelayanan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 23.4.2025.

Comments

Popular Posts