Yakobus 4:1-2 (AVB) Apakah punca segala pergaduhan dan pertengkaran dalam kalanganmu? Puncanya ialah keinginan hawa nafsu yang sentiasa bergolak dalam dirimu. Kamu berhasrat akan sesuatu tetapi tidak mendapatnya, maka kamu ingin membunuh. Kamu ingin memiliki sesuatu tetapi tidak berjaya, lalu kamu bertengkar dan bergaduh. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini kerana kamu tidak memohonnya daripada Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Keinginan hawa nafsu" Bab 4 surat Yakobus memberi pelbagai nasihat yang pertama tentang Keinginan hawa nafsu yang sentiasa bergolak dalam diri seseorang menyebabkan pertengkaran, pergaduhan dan pembunuhan apabila hasrat hawa nafsu tidak berjaya dipenuhi (ay.1-2). Kedua ajaran tentang jangan angkuh dan bercakap besar (ay.16), jangan memfitnah atau menghakimi orang lain (ay.11). Perbuatan atau tingkalaku seperti ini bersahabat dengan dunia yang menjadi musuh TUHAN (ay.4). Sebaliknya taatlah kepada TUHAN, lawanlah iblis dan dia akan lari meninggalkan kita (ay.7) Mari kita belajar mengawal keinginan hawa nafsu supaya tidak bersahabat dengan dunia dan menjadi musuh TUHAN. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar dapat mengawal keinginan hawa nafsu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 7.4.2025.

Comments

Popular Posts