Ibrani 12:16-17 (AVB) Janganlah ada di antaramu pencabul atau menjadi durjana seperti Esau, yang menjualkan hak warisannya untuk sesuap makanan. Kamu ketahui bahawa kemudiannya, apabila dia hendak mewarisi berkat itu, dia ditolak, kerana dia tidak mendapat ruang untuk bertaubat, walaupun dia memohon berkat itu dengan air mata. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Janganlah Durjana seperti Esau" Bab 12 surat Ibrani sambungan ajaran iman dari bab 11, begitu ramai saksi iman dalam Alkitab, menjadi contoh untuk anggota jemaah tidak mudah jatuh dalam dosa malah terus berlari pada tujuan iman (ay.1) kepada Tuhan Yesus yang Penyempurna iman kita (ay.2). Penulis mengesah anggota jemaah supaya tidak bosan dan tawar hati dalam penderitaan sebab Tuhan Yesus lebih menderita (ay.3). Penderitaan yang mereka alami tidaklah sampai tumpah darah (ay.4), keadaan penderitaan kita hari ini di Malaysia belum sampai dibunuh tetapi sudah ramai yang meninggalkan Tuhan Yesus kebanyaknya sebab perkahwinan bukan sebab penderitaan. Penulis juga mengesah jemaah supaya berusaha hidup dalam perdamaian, kesucian, tiada kepahitan, tiada pencabulan dan durjana seperti Esau menjual hak warisanya kerana sesuap makanan (ay.14-16). Kalau kita tidak berhati-hati boleh jatuh dalam dosa yang dilakukan oleh Esau, kerana cinta kepada lelaki atau perempuan, atau perniagaan, pangkat dan sebagainya. Mari kita belajar janganlah durjana seperti Esau. Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami agar tidak durjana seperti Esau. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 2.4.2025.

Comments

Popular Posts