2 Yohanes 1:1-2 (AVB) Daripadaku, seorang tua-tua, Kepada puan yang terpilih dan kepada anak-anaknya, yang kukasihi dalam kebenaran. Bukan aku sahaja yang mengasihimu malah sekalian yang mengenal kebenaran –
kerana kebenaran ada dalam diri kita dan akan kekal dalam diri kita selama-lamanya:
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Kebenaran ada dalam diri kita" Surat 2 Yohanes hanya satu bab, ringkas tetapi ada pesanan yang sangat berguna kepada pembaca dan kita hari ini. Penerima surat seorang puan (ay.1), mungkin merujuk sebuah jemaah yang sangat dikenali oleh penulis surat yang menamakan diri sebagai tua-tua atau pemimpin jemaah (ay.1).
Penulis mengingatkan penipu dan dajal yang mengajar Yesus Kristus tidak datang sebagai manusia mereka adalah penentang Kristus (ay.7).
Hari ini pula ada yang mengajar bahawa Yesus itu manusia sahaja bukan TUHAN sedangkan gereja mengajar Yesus manusia sejati dan TUHAN sejati.
Penulis juga mengajar agar jemaah kasih mengasihi (ay.5) seperti mana yang diajarkan oleh Tuhan Yesus (Yoh. 13:34). Perintah ini masih kita anuti sehingga sekarang. Itulah kebenaran, kita kasih mengasihi.
Kebenaran ada dalam diri kita dan kekal selama-lamanya (ay.2).
Semoga kita belajar bahawa kasih mengasihi adalah kebenaran dan kebenaran ada dalam diri kekal selama-lamanya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar kekal kasih mengasihi walau apapun keadaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah.
Tersadai di parking bateri kereta lemah. 😄
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment