2 Petrus 1:20-21 (AVB) Hal terutama yang harus kamu ketahui: Tidak ada satu nubuat pun dalam Kitab Suci yang berasal daripada pentafsiran sendiri, kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Satu nubuat" Bab 1 surat 2 Petrus merupakan pesan akhir menjelang kematiannya (ay.14), antara pesan itu jemaah perlu ada iman, pengetahuan, penguasaan diri, ketabahan, belas kasihan dan persaudaraan (ay.5-7). Sepatutnya inilah yang kita usahakan dalam diri masing-masing seperti ada penguasa diri dalam semua perkara seperti makan dan minum, kahwin mengawini mengawal diri agar berkahwin dengan orang seiman, mencari wang tidak tampak, dalam pelayanan berbagi tugas tidak hanya seorang saja tetapi satu pasukan. Petrus juga menyebut tentang nubuat, tidak satu nubuat pun berasal dari tafsiran manusia tetapi digerakkan Roh Kudus kepada seseorang (ay.20-21), sudah tentu nubuat itu sejajar dengan Alkitab bukan sebaliknya. Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila mendengar nubuat. Mari kita belajar satu nubuat menyatakan kehendak TUHAN bukan kehendak manusia. Doa: Tuhan Yesus berikan kami kebijaksanaan membezakan nubuat daripada TUHAN dengan nubuat daripada Iblis. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 14.4.2025.

Comments

Popular Posts