Wahyu 1:18-19 (AVB) Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut.
Oleh itu, tuliskanlah apa yang kaulihat, baik yang ada sekarang mahupun yang akan terjadi.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memegang anak kunci kematian dan alam maut" Bab 1 kitab Wahyu pengenalan yang sangat jelas, menyatakan bahawa inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan TUHAN kepada-Nya, kemudian disampaikan kepada hamba-hambaNya perkara yang segera terjadi, Kristus menghantar malaikat-Nya memberitahukan kepada hamba-Nya Yohanes (ay.1). Pesan tersebut kepada tujuh jemaah di Asia Kecil (sekarang negara Turkey, mungkin tiada lagi jemaah itu pada hari ini) iaitu Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Feladelfia dan Laodikia (ay.11), walaupun hanya tujuh jemaah yang disebut masih juga bekenaan kepada jemaah kita hari ini.
Antara pesan Tuhan Yesus ialah Dia pernah mati tetapi lihatlah Dia hidup selama-lamanya, Dia memegang anak kunci kematian dan alam maut (ay.18). Maksudnya Dia boleh masuk dan keluar dari alam kematian, boleh juga membawa keluar dan masuk penghuni alam maut. Itulah harapan kita sebagi orang yang percaya kepada Yesus Kristus, Dia penyelamatan dari alam maut itu, bukan sekadar menyelamat bangsa Israel dari kuasa pemerintahan penakluk seperti yang mereka harapkan (Luk. 24:21).
Semoga kita belajar bahawa Yesus Kristus memegang anak kunci kematian dan alam maut Dia berkuasa membawa masuk dan keluar seseorang dalam alam kematian dan maut.
Doa: Tuhan Yesus kami percaya Engkau berkuasa atas kematian dan alam maut kasihani kami keluarkan kami dari alam itu dan masukkan kami dalam syurga yang damai bersama-Mu selamanya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
25.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment