2 Petrus 3:16 (AVB) Paulus menulis tentang hal-hal demikian dalam semua suratnya. Sesetengahnya sukar difahami, lalu orang yang jahil dan tipis iman memesongkan ertinya ke arah kebinasaan diri mereka sendiri. Demikian juga dilakukan oleh mereka terhadap tulisan-tulisan lain dalam Kitab Suci.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang yang jahil dan tipis iman" Bab 3 surat 2 Petrus merupakan penutup surat, mengulang pesanan tentang kedatangan Tuhan Yesus, Petrus menjawab persoalan jemaah yang tidak sabar lagi menunggu janji kedatangan Tuhan Yesus (ay.4), mereka perlu ingat seribu tahun bagi TUHAN sama dengan satu hari (ay.8). Bukan tidak menepati janji tetapi supaya semua orang bertaubat dan tidak binasa (ay.9). Sehingga hari ini janji itu belum ditunaikan demi memberi peluang semua orang bertaubat.
Petrus juga memberi pesan bahawa tulisan Paulus memang ada yang sukar difahami orang jahil dan tipis iman pula memesongkan ertinya ke arah kebinasaan diri mereka sendiri, begitu juga dilakukan terhadap kitab-kitab yang lain (ay.16).
Hari ini pun sama para penyerang iman Kristian memesongkan erti kitab untuk memuaskan nafsu jahat mereka dan menutup pintu hati supaya bertaubat.
Mari kita belajar bahawa orang yang jahil dan tipis iman memesongkan erti isi kitab suci orang Kristian ke arah kebinasaan diri mereka sendiri.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami supaya tidak memesongkan erti kitab suci supaya kami tidak ke arah kebinasaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
16.4.2025
Salam minggu Paskah.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment