Yakobus 2:21-22 (AVB) Bukankah Abraham, moyang kita, diperbenar kerana perbuatannya apabila dia mempersembahkan anaknya Ishak di atas mazbah?
Tidak jelaskah kepadamu bahawa Abraham menunjukkan imannya melalui perbuatannya? Dengan demikian, sempurnalah iman Abraham.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Abraham menunjukkan imanya melalui perbuatannya" Bab 2 surat Yakobus seolah-olah menjawab teologi dibenarkan oleh iman yang disebut oleh Paulus dalam hampir suratnya dan surat Ibrani khususnya bab 11, Yakobus menyebut dua tokoh iman yang disebut oleh penulis surat Ibrani iaitu Abraham dan Rahab pelacur di kota Yerikho, kedua-duanya menunjukkan iman melalui perbuatan, bukan hanya beriman (ay.21-25). Yakobus juga mengajar seseorang yang beriman tidak pilih kasih (ay.1) dan tidak menghina orang miskin (ay.6).
Kita perlu berhati-hati jangan mengaku beriman tetapi tidak ditunjukkan dalam perbuatan, masih pilih kasih dan memandang rendah orang miskin hanya menghormati orang kaya sebab berfikir mereka boleh menyumbang kewangan kepada gereja.
Mari kita belajar daripada Abraham menunjukkan imanya melalui perbuatannya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami yang mengaku beriman kepada-Mu tetapi tidak ada perbuatan baik.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
5.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment