1 Yohanes 2:9-10 (AVB) Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang.
Sesiapa yang kasih akan saudaranya hidup dalam cahaya dan dalam dirinya tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatnya kecundang.
Kopivosihan dan selamat beribadah Jumaat Agung, hari ini kita belajar tentang "Hidup dalam cahaya" Bab 2 surat 1 Yohanes membahas hidup dalam cahaya, bab 1 dikatakan TUHAN ialah cahaya mereka yang percaya kepada Tuhan Yesus hidup akrab dengan cahaya itu, tidak lagi melakukan dosa, tidak lagi membenci saudaranya. Tetapi kalau masih membenci saudaranya dia tidak hidup dalam cahaya.
Hari ini berapa ramai orang yang kita benci, kebencian wujud kerana kita masih hidup dalam kegelapan. Tuhan Yesus telah disalipkan supaya kita boleh hidup dalam cahaya itu.
Semoga kita belajar bahawa hidup dalam cahaya bermaksud tiada lagi kebencian dalam diri kita.
Doa: Tuhan Yesus kami mahu hidup dalam cahaya hapuskan kebencian dalam diri kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
18.4.2025.
Salam Jumaat Agung.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment