1 Yohanes 5:18-19 (AVB) Kita tahu bahawa sesiapa yang lahir daripada Allah tidak melakukan dosa berterusan; Dia yang datang daripada Allah melindungi dirinya lantas Iblis tidak berupaya menyesatkannya.
Kita tahu bahawa kita milik Allah walaupun dunia diperintah oleh Iblis.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak melakukan dosa berterusan" Bab 5 surat 1 Yohanes penutup surat, beberapa pesan kepada pembaca, antaranya siapa yang percaya Yesus ialah Kristus lahir daripada TUHAN dan mengasihi Bapa dan Anak-Nya juga (ay.1). Sebab itulah ada yang tidak percaya Yesus ialah Kristus atau Anak TUHAN sebab mereka bukan lahir daripada Bapa. Mereka yang lahir dari Bapa mengalah dunia kerana iman kita (ay.4), dunia tidak dapat dikalahkan tanpa iman, mungkin dunia yang dimaksudkan oleh Yohanes ialah kejahatan.
Setiap orang yang lahir daripada Bapa tidak melakukan dosa berterusan, Bapa melindungi agar Iblis tidak dapat menyesatkannya (ay.18).
Semoga kita tidak melakukan dosa berterusan kerana kita lahir daripada TUHAN bukan daripada Iblis.
Doa: Tuhan Yesus terima kasih kerana kami lahir daripada Bapa, kuatkan iman kami agar tidak kalah oleh Iblis.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Magaris Kota Marudu Sabah, Malaysia.
Tersadai di tepi jalan tayar pancit tidak dapat buka tayar ganti.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment