Yakobus 1:13-15 (AVB) Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, “Godaan ini datang daripada Allah.” Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa.
Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri.
Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri" Surat Yakobus diyakini oleh para sarjana ditulis oleh adik seibu Tuhan Yesus iaitu Yakobus (Mat.13:55), dia menulis kepada semua orang Israel yang tersebar di merata tempat di dunia (ay.1)
Bab 1 dimulakan dengan ajaran tentang pencubaan yang biasanya menyebabkan penderitaan. Yakobus melihat cubaan sesuatu yang baik atau membahagiakan kerana menguatkan iman yang menghasilkan ketabahan (ay.2-3). Pandangan yang agak berlawanan dengan apa yang biasa kita fikirkan bahawa cubaan sesuatu yang jahat, kerana cubaanlah Hawa jatuh dalam godaan (Kej. 3:6).
Mungkin maksud Yakobus kalau tidak jatuh dalam godaan akan menguatkan iman, cubaan boleh dari TUHAN seperti yang dialami Tuhan Yesus di gurun tetapi godaan ketika dalam percubaan datang dari nafsu orang yang sedang dalam percubaan (ay.14) atau dari Iblis seperti ketika Tuhan Yesus dicubaai di gurun itu, kalau Dia jatuh dalam godaan wujudlah dosa seperti yang terjadi kepada Hawa, dosa yang matang membawa pula kematian (ay.15), dosa menjadi matang kerana Hawa tidak bertaubat malah mengoda suaminya ikut memakan buah larangan, ketika ditanya oleh TUHAN pun masih tidak bertaubat akhirnya membawa kepada kematian.
Adalah menjadi peringatan supaya tidak tergoda ketika dalam percubaan.
Mari kita belajar jangan terjerat oleh nafsu jahat sendiri ketika dicubaai, kuatkan iman dalam Yesus Kristus.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan iman kami ketika menghadapi cubaan agar kami tidak tergoda oleh nafsu jahat kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
4.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment