1 Yohanes 3:9-10 (AVB) Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah, dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan.
Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak akan berbuat dosa berterusan" Bab 3 surat 1 Yohanes tema ajaran tentang anak-anak TUHAN, ia mengembangkan maksud dari Injil Yohanes 1:12. Ciri anak-anak TUHAN antaranya tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih, dia lahir dari TUHAN (ay.9). Semua orang berbuat dosa tidak dapat dinafikan, tetapi anak-anak TUHAN dari hari kesehari memperbaiki diri agar semakin baik, dahulu tidak mengasihi saudaranya sekarang mengasihi, dahulu seorang pemabuk sekarang tidak, dahulu perokok tegar sekarang tidak lagi, dahulu suka selingku sekarang setia dengan isteri atau suami dan sebagainya.
Kita mesti berusaha lakukan itu dalam hidup demi kesucian diri sendiri kerana Kristus juga suci (ay.3). Tidak mungkin hidup percaya kepada Kristus tetapi hidup tidak suci.
Semoga kita belajar tidak akan berbuat dosa berterusan kerana kita adalah anak-anak TUHAN bukan anak-anak Iblis.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar tidak berbuat dosa lagi
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Sabah, Malaysia.
19.4.2025
Salam minggu Paskah.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment