1 Petrus 1:14-16 (AVB) Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya.
Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci.
Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci" Bab 1 surat 1 Petrus menyatakan penerima surat, semua jemaah di negara Turkey hari ini. Tidak dapat dinafikan negara itu pusat Kekristianan abad pertama berbanding sekarang tidak sampai 1% penduduk Kristian.
Surat di mulai dengan teologi kelahiran baharu, kerana kasih kurnia melalui kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian dengan demikian kita ada harapan tidak akan binasa (ay.3) itulah kelahiran baharu menurut Petrus. Sesuai musim Paskah ingatan teologi kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus disegarkan semula agar kita tidak lupa maksud perayaan ini.
Kemudian Petrus mengesah jemaah agar hidup suci sebab TUHAN yang memanggil mereka juga suci (ay.16) seperti para imam dan suku Lewi mesti suci ketika melayani di bait suci (Im. 11:44,45).
Kita tidak lagi hidup menurut hawa nafsu tetapi taat kepada TUHAN (ay.14), itulah cara menjaga kesucian.
Mari kita belajar Hendaklah kamu suci kerana Aku suci kata TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat mengawal hawa nafsu demi menjaga kesucian kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
9.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment