Ibrani 13:15-16 (AVB) Oleh itu, melalui-Nya marilah kita terus-menerus mempersembahkan korban iaitu pujian kepada Allah, sebagai buah-buahan hasil bibir kita, sambil bersyukur kepada nama-Nya.
Tetapi jangan lupa berbuat baik dan berkongsi, kerana korban demikianlah yang diredai Allah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mempersembahkan korban iaitu pujian kepada TUHAN" Bab 13 surat Ibrani merupakan penutup surat, tidak pasti kenapa bab akhir ini sangat mirip gaya bahasa penulisan Paulus, ditambah lagi menyembut Timotius dan saudara-saudara di Itali berkirim salam (ay 24), penulis segera bersama Timotius menemui para penerima surat ini (ay.23). Mungkin jemaah penerima surat adalah Efesus.
Penulis menyimpulkan bahawa mereka yang masih melayani atau beribadah dengan korban binatang tidak ada hak makan sesuatu daripadanya (ay.10) atau tidak mendapat manafaat apa-apa, tetapi ibadah yang dalam Yesus Kristus menyucikan umat manusia dengan darah-Nya (ay.12), semua orang mendapat manafaat. Penulis mengesah supaya kita mempersembahkan korban kepada TUHAN iaitu pujian, bersyukur, berbuat baik dan berkongsi (ay.15-16).
Mari kita belajar korban binatang tidak diperlukan lagi dalam ibadah kita tetapi mempersembahkan korban iaitu pujian kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami agar selalu memberi korban persembahan iaitu ucapan pujian kepada-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
3.4.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment