Yakobus 3:9-10 (AVB) Kita menggunakan lidah untuk memuji Tuhan dan Bapa kita, tetapi juga untuk mengutuk sesama manusia yang telah dicipta menurut gambaran Allah. Kata-kata berkat dan kata-kata kutukan lahir daripada mulut yang sama. Ini tidak sepatutnya berlaku, saudara-saudaraku. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menggunakan lidah untuk memuji TUHAN" Bab 3 surat Yakobus ajaran tentang mengawal tutur kata yang disebut mengawal lidah oleh Yakobus (ay.1-12. Mungkin sebab lidah dan tutur kata menggunakan perkataan yang sama dalam bahawa Yunani iaitu "glossa" tetapi kita faham bukanlah lidah yang dimaksudkan tetapi tutur kata. Walaupun tidak dikaitkan secara langsung dengan iman saya boleh andaikan Yakobus sedang mengajar bahawa orang yang beriman mengawal tutur kata agar lidah yang memuji TUHAN tidak digunakan menuturkan kata-kata mengutuk orang lain (ay.9). Ajaran kedua yang sebut Yakobus tentang kebijaksanaan dari syurga iaitu, kelakuan baik, kebajikan, rendah hati dan bijaksana (ay.13), bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut, ramah tamah, bersikap berbelas kasihan, mengamalkan semua perbuatan baik, tidak berat sebelah dan tidak munafik (ay.17)sedangkan kebijaksanaan dari dunia ialah hasad dengki, mementingkan diri dan menafikan kebenaran (ay.14), menimbulkan kekacauan dan pelbagai kejahatan (ay.16). Mari kita belajar menggunakan lidah menuturkan kata-kata memuji TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami agar dapat mengawal tutur kata. Ibadah yang sejati mengawal tutur kata. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 6.4.2025.

Comments

Popular Posts