1 Yohanes 4:1-2 (AVB) Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai penipu telah menjelajah ke seluruh dunia. Untuk memastikan sama ada roh itu Roh Allah, inilah caranya: Jika roh itu mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia, maka roh itu datang daripada Allah. Kopivosihan dan salam kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian. Hari ini kita belajar tentang "Ujilah setiap roh" Bab 4 surat 1 Yohanes membahas tentang menguji setiap roh, sebenarnya agak mudah membezakan mana Roh TUHAN dan mana bukan, mereka yang mengaku Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia itulah Roh TUHAN (ay.2), kita dapat membayangkan pada zaman itu ajaran sesat mengajar bahawa Tuhan Yesus tidak datang sebagai manusia, tetapi hanya kelihatan seperti manusia. Hari ini masih bergema ajaran sesat di sana sini, ada yang tidak mengaku Tuhan Yesus telah mati dan bangkit, kita tidak perlu berdebat sebab memang roh yang ada pada mereka memang bukan roh daripada TUHAN. Semoga kita dapat menguji setiap roh dengan mudah dan dapat mengenal pasti jenis roh itu. Doa: Tuhan Yesus ajar kami menguji roh yang ada pada kami dan orang lain, agar tidak tertipu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 20.4.2025 Salam kebangkitan Tuhan Yesus.

Comments

Popular Posts